20 Mei 2013 - 13:33
Ayatullah Sistani kecam serangan terhadap rumah Isa Qasim

Marji' Taqlid Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Sistani mengecam serangan ejen regim Bahrain ke atas rumah Syeikh Isa Qasim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Marji' taqlid Syiah Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Sistani malam tadi mengecam serangan terhadap rumah Syeikh Isa Qasim yang dilakukan oleh askar regim Al Khalifah.

Beliau memaklumkan kesetiakawanan termasuklah para marji' taqlid yang lain untuk Syeikh Isa Qasim, disamping tidak akan lupa berdoa untuknya.

Sementara itu Ayatullah Syeikh Bashir al-Najafi turut mengeluarkan kenyataan yang mengecam perbuatan tersebut sambil menganggap kekerasan ini adalah serangan terhadap dirinya juga.

Puluhan askar regim Al Khalifah bertindak menyerbu rumah Syeikh Isa Qasim pada pagi Jumaat lalu di wilayah al-Darraz, Barat Manama. Dalam serangan ini askar regim yang memakai topeng telah merosakkan pintu-pintu dan peralatan dalam rumah beliau. Selain itu mereka turut menggertak dan mengurung wanita dalam sebuah bilik.